Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) telah memuatnaik swafoto bersama pelakon dan pengarah filem Dangal, Aamir Khan di akaun Instagramnya (IG).

Menariknya, menerusi kapsyen foto tersebut SRK mengaku itu kali pertama dia bergambar bersama Aamir selepas 25 tahun mengenali antara satu sama lain.

Entri yang dimuatnaik pada lima hari lalu telah menerima reaksi positif daripada pengikut IG SRK termasuk peminatnya dan Aamir.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat berharap agar kedua pelakon ini dapat bergandingan bersama suatu hari nanti.

Selain itu mereka turut memuji ketampanan dimiliki kedua-dua pelakon tersebut yang kelihatan lebih muda daripada usia sebenar mereka.

Dalam perkembangan lain filem terbaharu lakonan SRK berjudul Raees turut mendapat kutipan tertinggi selepas seminggu tayangan, menewaskan filem Kaabil, lakonan Hritik Roshan.