Dalam masa 26 jam, muzik video terbaharu kumpulan K-Pop yang semakin digilai, BTS, meraih 10 juta tontonan.

Menurut laporan All Kpop, muzik video lagu terbaharu BTS berjudul Spring Day itu, menjadi bualan hangat peminat seluruh dunia sejurus selepas dilancarkan.

Jumlah tontonan tersebut juga telah melebur rekod yang dipegang kumpulan Twice menerusi lagu TT yang mendapat 10 juta tontonan dalam masa 40 jam.

Lagu Spring Day merupakan antara single yang dimuatkan dalam album repakej mereka berjudul, You Never Walk Alone.