Pelakon Datuk Eizlan Yusof tidak mahu komen atau mengulas mengenai status terkini bekas isterinya, Vie Shantie yang didakwa sudah berkahwin dengan seorang VIP secara senyap.

Eizlan Yusof berkata dia kini lebih banyak menyibukkan diri dengan urusan kerja dan anak-anak.

"Saya tidak mahu mengulas apa-apa mengenai dia (Vie Shantie) kerana saya sekarang sibuk dengan banyak urusan termasuk urusan perniagaan dan anak-anak.

"Sejak berpisah, saya memang sengaja menyibukkan diri dengan banyak perkara supaya saya tidak terlalu berfikir tentang apa yang berlaku.

"Sekarang ini selain aktif berlakon, saya sibuk dengan perniagaan seperti trading dan pengurusan hartanah.

"Malah setiap minggu saya akan cari masa untuk bersama dengan anak-anak. Ambil mereka daripada rumah bekas isteri dan bawa mereka keluar bersiar-siar," katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu ruangan gosip dalam sebuah akhbar telah memberitahu Vie yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelawak Zizan Razak itu telah pun berkahwin dengan seorang VIP secara senyap.

Mengulas mengenai pasangan hidup, Eizlan memberitahu dia kini sudah membuka pintu hatinya untuk mencari pengganti.

"Sebenarnya dulu saya tidak pernah terfikir untuk beri ruang dan peluang kepada pengganti tetapi kini bila masa sudah berlalu saya akui saya sudah tidak tutup pintu hati saya.

"Jika ada orang baru yang mahu masuk dalam hidup saya, saya tidak menolak.

"Apa-apa pun jika jodoh saya sudah tiba nanti, saya tidak lupa untuk menjemput media," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Eizlan bakal muncul dalam filem Pak Pong yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia mulai 23 Februari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal