Pelawak Harith Iskander akui bukan mudah untuk bercuti bersama tiga orang anaknya yang masih kecil.

Menurut Harith segala persiapan perlulah dilakukan dengan lebih teliti bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.

“Memang kita tahu apabila bercuti dengan keluarga bukanlah satu perkara yang mudah semua benda kita kena cek.

“Daripada beg pakaian sendiri sehinggalah barangan keperluan anak-anak lagi-lagi untuk yang masih kecil sebab saya tak mahu nanti bila dah sampai destinasi baru teringat ada tertinggal barang,” katanya.

Dalam pada itu, Isterinya Jezamine Lim memberitahu pekara pertama yang difikirkan sewaktu mengemas adalah lampin pakai buang untuk anak-anaknya.

“Itu benda paling penting, tak boleh tinggal. Biasalah anak-anak masih kecil semuanya bawah umur lima tahun.

“Jadi kita kena bersedia dalam apa jua situasi. Selain lampin benda lain yang saya fokuskan ialah mainan, makanan dan juga buku kecil untuk mereka supaya tidak bosan di sepanjang perjalanan nanti,” ujarnya.

Nak tahu sama ada tiga anak Harith Iskander iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander meragam atau pun tidak, jangan lupa saksikan WOW Bersama Genki! setiap Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) & Astro Ria HD (saluran 123).

WOW Bersama Genki! dibawakan oleh Genki! Pants yang pasti mengagumkan si manja dengan keselesaan bagai dilapik kelembutan awan!

Untuk memenangi percutian tiga hari dua malam bersama keluarga jangan lupa layari laman web: wowbersamagenki.com.my.