Pelakon Emma Stone pernah mengalami penyakit mental pada usianya lapan tahun.

Menurut laporan Daily Mail, Emma seringkali mengalami masalah kemurungan sehingga dia menjadi takut dengan persekitarannya.

Namun, perkara tersebut bukan merupakan halangan untuknya mencapai kejayaan dalam hidup.

"Keluarganya telah membawa pelakon itu mendapatkan rawatan terapi agar dia mampu mengatasi masalah rasa takut dalam dirinya.

"Dalam pada itu dia dihantar ke kelas teater dan mula terdedah dengan dunia lakonan seawal usia 11 tahun.

"Bakat Emma mula mendapat perhatian sehingga dia berjaya bergelar pelakon dan mengatasi masalah mental yang mengganggu hidupnya.

"Emma juga pernah mengatakan bahawa masalah yang di hadapinya itu bukan merupakan halangan untuk dia bangkit mencapai kejayaan," kata sumber.

Bakatnya semakin hari semakin menyerlah dan mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem Hollywood.

Pencapaiannya menerusi filem La La Land telah membuktikan bahawa bakat lakonannya tidak boleh dinafikan apabila apabila baru-baru ini telah memenangi dua anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes dan SAG Awards 2017.