Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta akui suaminya, Zain Saidin lebih suka melihat dirinya tanpa sebarang solekan.

Che Ta berkata disebabkan itu, dia hanya bersolek apabila keluar dan tidak bersama suami.

"Sebenarnya suami saya lebih suka melihat wajah saya tanpa makeup sebab itu saya suka mengenakan makeup untuk orang lain bila keluar.

"Jadi bila di rumah saya akan pastikan wajah saya bebas tanpa makeup untuk tatapan suami," katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Che Ta memberitahu di dalam program realiti The House 3 juga telah mendedahkan wajahnya tanpa makeup.

"Di dalam The House, saya telah mendedahkan sebahagian kehidupan peribadi saya termasuklah ketika waktu malam sebelum masuk tidur.

"Jika ada yang mahu melihat saya tanpa solekan dan bulu mata, anda boleh menonton The House kerana mereka sempat merakamkan wajah saya ketika itu sebelum masuk tidur," katanya lagi.

Saksikan The House yang telah mula ditayangkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada 18 Disember lalu setiap hari Rabu.

The House turut menemui penonton dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam bermula 25 Januari 2017.

Teks oleh Syafiqah Jalal