Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor tampil anggun selepas 45 hari melahirkan anak sulung lelakinya yang diberi nama Taimur Ali Khan Pataudi.

Menerusi laporan daripada Pinkvilla.com, Kareena telah menghadiri Lakme Fashion Week baru-baru ini.

"Ini merupakan penampilan pertama Kareena di hadapan orang ramai selepas melahirkan anaknya.

"Dia kelihatan cantik apabila mengenakan gaun berwarna putih ketika melalui karpet merah pada majlis tersebut.

"Sebenarnya ramai tetamu agak terkejut melihat kehadiran Kareena pada malam itu kerana dia baru sahaja 45 hari melahirkan anak dan dia kini masih dalam pantang.

"Namun apa yang lebih mengejutkan adalah susuk tubuh badannya kelihatan kurus dan semakin cantik semenjak melahirkan Taimur Ali," kata sumber.

Terdahulu, Kareena Kapoor selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan aktor Saif Ali Khan.

Anak lelaki yang diberi nama Taimur Ali Khan Pataudi itu dilahirkan di Breach Candy Hospital, Mumbai pada 20 Disember 2016.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi