Penyanyi Mariah Carey membakar gaun pengantinnya bernilai AS$250,000 (RM1 juta) di dalam muzik video terbaharunya berjudul I Don't.

Menurut laporan Daily Mail, Mariah membakar gaun yang sepatutnya digayakan pada hari bahagianya bersama bekas tunangnya, James Packer.

Lebih dramatik, Mariah merakamkan muzik video berkenaan di rumah mewah yang dikongsi bersama James di Calabasas, California.

Pasangan berkenaan berpisah pada September tahun lalu selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Dalam pada itu, lagu terbaharunya yang turut menampilkan penyanyi rap YG berkisarkan tentang hubungannya dengan James dan berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain yang turut mengalami situasi sama.

Penyanyi itu kini sedang menjalinkan hubungan dengan penyanyi latarnya, Bryan Tanaka.