Peserta Duo Star, Syamel dan Ernie Zakri dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan tiga pasangan lain.
Syamel dan Ernie telah menyampaikan lagu Balqis nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza dan lagu pilihan di pusingan kedua pula berjudul Kau Lupa Pada Janji nyanyian Datuk Jamal Abdillah.
Pasangan tersebut berjaya merangkul wang tunai sebanyak RM100,000, baucar tunai Go Shop bernilai RM4000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Sebelum ini pasangan ini juga pernah memenangi anugerah Duo Star pilihan AuraWhite sebanyak dua kali.
Sementara itu, naib juara jatuh kepada Awi Rafael dan Kaka yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000, baucar tunai Go Shop bernilai RM3000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Pasangan ini telah membawakan lagu berjudul Dealova dan We Don’t Talk Anymore.
Dalam pada itu, tempat ketiga yang dirangkul oleh Haiza dan Aepul pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000, Baucer tunai Go Shop bernilai RM2000 beserta trofi sumbangan Astro.
Mereka membawakan lagu Jeritan Batinku dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.
Manakala tempat keempat dimenangi oleh Firman dan Ayai yang membawa pulang wang tunai RM10,000, Baucer tunai Go Shop bernilai RM1000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Pasangan ini juga diumumkan sebagai pemenang anugerah Duo Star pilihan AuraWhite dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000 dan baucar tunai Go Shop bernilai RM1000.
Firman dan Ayai telah mempersembahkan lagu berjudul Sampai Syurga dan Raikan Cinta.
Kesemua peserta Duo Star dinilai oleh juri tetap, Datuk Acis, Adibah Nor dan Datuk Hattan manakala Datuk Ac Mizal pula bertindak sebagai hos program berkenaan.
Keputusan pemenang adalah 100 peratus berdasarkan sistem permakahan juri.
Duo Star bersiaran pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria HD (104) dan Ria HD.
Mya Amri
Sun Feb 05 2017
Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
Atikah akui masih kekok dengan gelaran 'Datin'.
Wanita Tipu Majikan RM13 Juta Melalui E-mel Palsu, Tertekan Sampai Lumpuh
Seorang pekerja wanita berjaya memperdaya majikannya hanya dengan menggunakan beberapa siri e-mel palsu berkaitan dengan nilai wang mencecah sehingga RM13 juta.
Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert ‘Love in The Sky’ di Resort World Genting Ogos Ini!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan bakal mengadakan konsert Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) di Resorts World Genting.
Kerap Disoal Tambah Cahaya Mata Kedua, Ini Komen Ain Edruce!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dan gelagat keluarganya di media sosial.
Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia Batal Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sabah Dan Sarawak
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR - “Jagalah Air Muka…”
Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”
Semoga dipermudah.
Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?”
Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.