Pengacara nombor satu Korea, Yoo Jae Suk mendedahkan anak lelakinya, Yoo Ji Ho tidak gemar menonton rancangannya di televisyen.

Yoo Jae Suk atau lebih mesra dengan panggilan Jae Suk ini memberitahu anaknya juga berkemungkinan tidak mengetahui bahawa bapanya merupakan seorang yang terkenal.

“Sebenarnya Ji Ho tidak gemar bercerita tentang saya terlalu banyak dan dia juga tidak menonton rancangan yang saya mengacara.

“Saya rasa dia juga tidak tahu yang saya merupakan seorang selebriti dan memandangkan dia tidak suka menonton program saya, saya dapat rasakan dia mungkin tidak tahu yang bapanya ini seorang yang popular,” katanya dalam program Happy Together.

Ketika ditanya mengenai hubungan bersama isterinya, Jae Suk memberitahu mereka sering bergaduh ketika menonton televisyen.

“Kami sering bergaduh kecil ketika menonton televisyen. Mana tidaknya setiap kali waktu saya nak menonton, waktu itu jugalah ada sahaja perkara yang dia suruh saya lakukan,” katanya ketawa.

Teks oleh: Mya Amri