Aktor Bollywood popular, Hrithik Roshan dikhabarkan telah mendaftar untuk mendermakan matanya.

Hrithik dikatakan nekad melakukan demikian selepas membawa watak orang buta dalam filem terbaharunya, Kaabil.

"Hrithik akan mendermakan kedua-dua matanya selepas dia meninggal dunia nanti kerana ingin membantu orang yang lebih memerlukannya.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh seorang doktor bernama Natarajan selepas Hritik mendaftar untuk mendermakan matanya baru-baru ini," kata sumber.

Terdahulu pelakon filem Dangal Aamir Khan dan Aishwarya Rai telah mengambil keputusan untuk mendermakan mata mereka setelah meninggal dunia.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi