Pelakon terkenal Korea, Lee Dong Wook berkongsi beberapa foto dibelakang tabir penggambaran drama bersiri Goblin khas buat tatapan peminat.

Foto-foto tersebut dikongsi sebagai tanda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada wataknya menerusi drama tersebut yang sudah sampai penghujungnya.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Lee Dong Wook telah memuatnaik foto-foto tersebut pada Ahad lalu dengan kapsyen berbunyi:

“Selamat tinggal malaikat maut, Wang Yeo dan Lee Hyuk daripada Goblin,” tulisnya.

Selain Dong Wook, agensinya King Kong Entertainment juga telah memuatnaik video aktor tersebut mengucapkan terima kasih kepada peminat drama Goblin di Youtube.

Bagaimanapun foto-foto itu dihujani dengan komen-komen peminat yang menyatakan rasa masih tidak boleh ‘move on’ dengan drama tersebut.

Teks oleh: Mya Amri

굿바이 이혁.. #이동욱 #LeeDongWook #李栋旭 #욱스타그램 #도깨비 #저승사자 #저승이 #왕여 #이혁 #안녕

A photo posted by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official) on

굿바이 왕여.. #이동욱 #LeeDongWook #李栋旭 #욱스타그램 #도깨비 #저승사자 #저승이 #왕여 #이혁 #안녕

A photo posted by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official) on