Pelakon Rita Rudaini yang sedang bercuti di Hokkaido meluangkan masa bermain ski bersama dua anak lelakinya, Rayyan dan Arjuna.

Menerusi foto-foto yang dikongsi oleh Rita di akaun Instagram (IG) jelas menunjukkan gelagat mereka bertiga begitu seronok bermain salji.

Bagaimanapun satu video yang menunjukkan Rita sedang berusaha bermain ski tanpa bantuan rakannya telah menarik perhatian peminat aktres tersebut.

Video itu memaparkan Rita yang kelihatan berhati-hati ketika menggerakkan ski dengan menggunakan alat pemegang khas permainan berkenaan sedang ketawa sebelum terjatuh di atas salji.

Rita yang terjatuh kemudiannya terus ketawa membuatkan hati peminatnya cair dan menganggap kelakuannya itu sangat comel seperti kanak-kanak.

Dalam pada itu, Rita juga turut berkongsi foto-foto percutiannya menerusi hashtag #ritrud7takeshokkaido.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto percutian Rita dan anak-anak yang diambil menerusi IGnya:

Sape suh dok dpn pino? da kena langgar @hafizpanda ? #ritrud7takeshokkaido

A video posted by @ritrud727 on

Anywhere with u is better than anywhere without u.......? #ritrud7takeshokkaido

A photo posted by @ritrud727 on

Us.......❤️ #ritrud7takeshokkaido

A photo posted by @ritrud727 on

? #ritrud7takeshokkaido

A photo posted by @ritrud727 on