TUTUP

Sambut Hari Lahir, Isteri Buat Kejutan Khas Untuk Saharul Ridzwan

Hiburan
Sambut Hari Lahir, Isteri Buat Kejutan Khas Untuk Saharul Ridzwan
Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28, pelakon Saharul Ridzwan diberikan kejutan khas oleh isterinya, Deena Emir.

Deena melakukan kejutan khas untuk Saharul di kediaman mereka pada Khamis. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Deena di laman Instagram, Saharul nyata terkejut dan gembira dengan surprise yang dirancang oleh Deena.

Dalam video tersebut, Saharul sempat berdoa sebelum meniup lilin kek hari jadinya. Dalam kandungan doa Saharul, dia bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat baik dan memahami.

Saharul yang lahir pada tanggal 26 Januari 1988 itu juga berdoa agar hubungannya bersama isteri kekal bahagia.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji usaha Deena dalam melakukan kejutan sweet untuk suaminya.

Peminat mereka juga mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Saharul dan mendoakan agar hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Berikut merupakan video kejutan Deena buat Saharul:

 

 

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 


Artikel Berkaitan