Pelakon Syida Melvin mendedahkan kepada umum bahawa dia terpaksa mengambil epidural sewaktu ingin menjalani proses bersalin anak sulungnya baru-baru ini.

Menurut Syida, dia membuat keputusan untuk menggambil ubat bius tersebut apabika dirinya tidak dapat menanggung kesakitan selepas doktor terpaksa melakukan proses memecahkan air ketuban.

"Masuk dewan bersalin, bukaan dah 8cm, tapi bacaan contraction masih 70, air ketuban belum pecah. Jadi, doktor mula pecahkan air ketuban.

"Whoaaa, lepas je pecah air tu wey, sakit dia lain macam punya sakit! Tak tahu nak cerita tapi sakit gila! 10 minit lepas pecah air ketuban, saya minta epidural.

"Fuh, padahal contraction saya time tu paling tinggi 70 je tau! Bacaan standard contraction 150-200," ceritanya menerusi satu posting di Instagram miliknya.

PART 1 :- . . Haritu ada janji nak cerita my labour journey, ada yang dok tuntut dekat DM tanya bila nak share ? . Mai cheq nak cerita sikit.... Cerita dia laguni.. Cda punya actual edd memang 20feb. Tapiiii, bila sampai date tu masih tak turun tanda utk memberanak ? Dahlah waktu pregnant cda agak aktif jugak.. kerja sana sini macam orang tak mengandung haha! Siap berjalan banyak pun tak turun tanda. So, sehari sebelum due date Cda decide dgn doc, macamna pun nak baby keluar jugak on the due date sbb date cantik kot kan! So plan punya plan with Doc, Cda warded sehari awal before 20th.. . Doc pun mula buat cervical sweep utk stimulate natural induction.. mula2 doc buat pukul 2pm. Habehtu kami sempat pi shopping buat kuku semua, tapi still tak turun tanda ! Haha. Pastu mula warded pukul 5pm, and doc buat second sweep (bagi yg tak tau sweep tu apa hampa pi google lah). Dah buat second sweep pun tak jadi apooooo.. last choice, INDUCE! Induce start at 10pm......... 30min lepastu dah mula sakit pinggang. Contraction sikit demi sikit dok mai. Tapi masih boleh makan dinner mcm biasa. Pi mandi apa semua sbb dah nak tidoq malamtu kan. . . Kira the whole night tu Cda layan sakit contraction tu. Cda cabar diri cda utk nak rasa sakit beranak tu mcmna. Tengah malam tu. Contraction dok naik 40-70 paling tinggi. 70 paling tinggi pun cda dah tak boleh tidoq! Ring the bell, mintak PAINKILLER! Tak boleh tidoq tau sakit dia. Dah la kena tidoq sbb esok dah nak push ? tapi kan, amek painkiller pun still rasa sikit2 contraction dia.. tapi boleh la tidoq. Esok pagi tu, 6am doc mai check. Dah bukak 6cm! Wow, doc pun terkejut sebenaqnya sbb contraction cda tak tinggi, paling tinggi 70 (yg betul2 contraction is about 100+) Then, pagi tu lepas doc mai check, doc suruh siap2 mandi semua. Dia kata your labour is going to start soon! Kami pun sempat lah pi mandi terus. Habis2 mandi, kami muntah. Muntah tu tanda2 dia laaa.. Tak sempat nak breakfast, doc suruh ready dalam LR dah. Kami berjalan sendiri pi LR dalam dok sakit contraction tu. Tapi air ketuban masih belum pecah. . SAMBUNG NEXT POSTING

A post shared by CDA (@syidamelvin) on


Bagaimanapun, menurut Syida, ketika itu doktor memaklumkan kepadanya terdapat kemungkinan epidural tersebut tidak memberi kesan kepadanya pada masa itu.

"Minta epidural masa dah 8 cm, doktor bius cakap dia pun tak berani janji epidural ni lekat ke tak sebab bawah dah buka banyak. Aku gamble je wey!

"Alhamdulillah, ia berkesan. Bila dah masuk epidural tu, kami siap boleh bersembang dengan doktor lah sambil dok teran baby keluar sebab tak rasa sakit..haha," ceritanya.

PART 2:- . . Masuk LR, bukaan dah 8cm. Tapi contraction masih 70, air belum pecah. Haha! Then doc start pecahkan air ketuban. . Whoaaaaa.... lepas ja pecah ayaq tu wey, sakit dia lain macam punya sakit! Tak tau nak cerita tapi sakit gila! 10min lepas pecah ayaq, kami request epidural. Fuh. Padahal contraction Cda time ni pling tinggi is 70 ja tau! Standard contraction reading is 150-200! . Request epidural time dah 8cm, Doc bius cakap dia pun tak berani janji epidural ni lekat ke tak sbb bawah dah buka banyak. Aku gamble ja wey. . And Alhamdulillah, it works! Lepas epidural, barulah doc induce kali kedua (drip) sbb kami punya contraction masih tak tinggi, padahal baby dah stuck dekat bawah. . Lain orang lain cara deliver dia. Kita boleh share saja macam mana the journey itself tapi bila sampai masa hampa nak beranak semua depends on your body jugak. Bila dah masuk epidural tu, kami siap boleh bersembang dgn doctor laa sambil dok teran baby keluaq ? Pasai tak rasa sakit hahaha. . . Mula2 Cda cabar diri sendiri, “aku nak beranak normal sbb aku nak rasa macam mana sakit dia”. Tapi tulah, contraction kami takat 70 tu jala sampai habeh ? 70 tu pun dah tak tahan pi amek epidural! Alhamdulillah la, lepas beranak normal terus boleh jalan duduk menyusu semua. Syukur Alhamdulillah.. . . SOOO, SAPA NAK TENGOK MUKA BABY PIA NEXT POSTING ANGKAT TANGAN ?✋?

A post shared by CDA (@syidamelvin) on


Perkongsian Syida itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman mereka bersalin.

Syida yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu selamat melahirkan puteri sulung, Safa Safeera pada 20 Februari lalu.

Sehingga kini, wajah bayinya itu masih lagi dirahsiakan daripada umum.

Syida Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syida Amirol Melvin berkahwin dengan Mohd Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019.