Pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya, menerusi laman sosial Instagram (IG)nya menegur segelintir individu yang suka memandang rendah orang lain.

Walaupun Fedtri menulis status secara umum dan tidak membabitkan mana-mana pihak, namun rata-rata netizen mengaitkannya dengan promosi syarikat makanan segera popular yang berlangsung semalam.

Fedtri berkata, jangan pandang rendah atau menghina orang yang sanggup beratur panjang untuk membeli makanan murah atau percuma.

Adalah lebih baik sekiranya bersangka baik daripada mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya dan menuduh mereka (orang yang beratur) itu sebagai sengkek, pelahap atau hadap.

“Saja nak cakap. Kalau tengok orang beratur untuk beli makanan murah, percuma dan sewaktu dengannya... Jangan pandang rendah atau menghina ya!!!

“Bagaimana boleh terfikir perkataan ‘kebulur’, ‘lahap’, ‘sengkek’, ‘hadap sangat’ dan pelbagai perkataan jelik.

“Ada orang yang memang berjuang nak suap insan-insan di rumah. Ada yang mencatu makanan. Ada yang meminjam... asalkan perut anak-anak terisi. Kalau kaya sangat, buat diam sajalah. Tak perlu berkata sesuatu yang menyakitkan hati,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-ratanya menyokong apa yang diperkatakan Fedtri, malah berterima kasih kepada syarikat makanan segera tersebut kerana mengadakan promosi sedemikian.

Kata mereka, disebabkan promosi sedemikian mungkin ada individu yang sebelum ini tidak dapat menikmati makanan tersebut, boleh menggembirakan hati orang lain.

Saja nak cakap. Kalau tengok orang beratur untuk beli makanan murah, percuma dan sewaktu dengannya... Jangan pandang rendah atau menghina ya!!! Bagaimana boleh terfikir perkataan ‘kebulur’, ‘lahap’, ‘sengkek’, ‘hadap sangat’ dan pelbagai perkataan jelik. Ada orang yang memang berjuang nak suap insan-insan di rumah. Ada yang mencatu makanan. Ada yang meminjam... asalkan perut anak-anak terisi. ? Kalau kaya sangat, buat diam sajalah. Tak perlu berkata sesuatu yang menyakitkan hati ?

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Semalam tular di laman sosial foto orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan harga promosi di restoran makanan segera KFC.

Sempena tarikh istimewa 20.02.2020 KFC menawarkan promosi dua set snack plate pada harga RM20 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Promosi istimewa tersebut menyebabkan orang ramai menyerbu restoran makanan segera tersebut sejak awal pagi semalam.