Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) nekad memfailkan saman terhadap pengacara Azwan Ali biarpun permohonan maaf telah dilakukan 11 Februari lalu.

Pengumuman itu dibuat oleh DSV menerusi satu sidang media sebentar tadi.

Menurut DSV, saman itu dibuat selepas mengambil kira reputasi perniagaannya serta maruah yang telah tercalar.

"Memang sudah mohon maaf tapi apabila satu jam lebih buat sidang media, saya rasa kemaafan hari itu itu telah membakar lagi hati saya.

"Hati saya makin terguris dan tercalar," katanya.

Menurutnya lagi, penghinaan dibuat oleh Azwan Ali di media sosial juga disifatkan melampau apabila menyentuh kejadian dua arwah anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.

"Tambah lagi bila kait dengan kematian anak saya. Mengaibkan bila dikaitkan dengan rentung, sakit hati saya dengan perkataan rentung tu.

"Anak saya tak rentung la, berapa kali saya nak cakap. Mereka lemas asap berpelukan dalam bilik air menunggu diselamatkan.

"Tiga bulan saya terlantar sebab kejadian berkenaan. Video berita tentang kematian anak saya pun saya tak mampu nak tengok," katanya.

Sementara itu, menurut wakil peguam DSV, saman yang difailkan bukanlah berprinsipkan kepada menuntut ganti rugi.

"DSV sebaliknya saman atas reputasi. Saman difailkan tidak akan diletakkan jumlah tuntutan. Kita hanya kumpul bukti-bukti ini, selebihnya mahkamah yang akan tentukan jumlah ganti rugi," katanya.

Untuk rekod, konflik antara dua selebriti ini tercetus apabila Azwan melakukan penghinaan terhadap DSV dan anak perempuannya iaitu Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Tidak cukup dengan itu Azwan turut menghina kematian dua anak lelaki DSV yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran pada 2013.

Susulan daripada perlakuan tersebut, Azwan kemudian melakukan permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media.

BACA: Kemelut Isu Menghina Datuk Seri Vida, Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf!

Walaubagaimanapun, permohonan itu seakan tidak disenangi DSV apabila Azwan Ali kelihatan seperti memperlinya.

BACA: "Macam Gamp*ng Mintak Maaf Pun Menghanjing" - DSV Masih Tak Puas Hati Dengan Diva AA?