Semenjak lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K dinobatkan sebagai Juara Lagu pada AJL34, kisah lama tentang penghasilan lagu tersebut muncul kembali.

Kalau sebelum ini kecoh bahawa lagu Sumpah dikatakan dihasilkan bersama dengan bekas kekasihnya, Dayana Amerda, kini perkara tersebut timbul lagi.

Dalam satu video pendek yang dimuat naik oleh Naim Daniel di Instagram miliknya, Naim memberikan penjelasan kepada sesiapa yang mahu berkongsi hak cipta dalam sebarang karyanya.

"Assalammualaikum, terima kasih pada semua yang menyokong, memberi inspirasi dan berkarya bersama Naim selama ini. Tidak dinafikan ramai yang memberi inspirasi pada Naim untuk berjaya dalam industri ini.

"Kepada pihak yang merasakan ingin berkongsi hak cipta dalam sebarang terbitan yang telah saya ketengahkan, sila kemukakan bukti, demo, penulisan, transcript, score dan lain-lain," kata Naim.

Tambah Naim, untuk mereka yang ingin berbuat demikian, mereka boleh menghantar email kepada pihak pengurusannya di [email protected] untuk pertimbangan yang sebaiknya.

"Terima kasih sekali lagi dan semoga kerja kita sentiasa diberkati Allah SWT," tulis Naim seperti di dalam videonya.

Assalammualaikum, terima kasih pada semua yang support, memberi inspirasi dan berkarya bersama Naim selama ini. Tidak dinafikan ramai yang memberi inspirasi pada Naim untuk berjaya dalam industri ini. Kepada pihak yang merasakan ingin berkongsi hak cipta dalam sebarang terbitan yang telah saya ketengahkan, sila kemukan bukti, transcript, score dll kepada email management team Naim: [email protected] untuk pertimbangan yang sebaiknya. Terima kasih sekali lagi dan semoga kerja kita sentiasa diberkati Allah S.W.T.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on


Video yang dimuat naik Naim mungkin juga berkaitan dengan satu sidang media yang bakal dibuat malam ini oleh pihak yang mendakwa lagu tersebut adalah ciptaan bersama (selain daripada Omar K).