Jenazah pelakon Ashraf Sinclair akan dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, petang ini (Selasa).

Menurut laporan Gempak ID, jenazah Ashraf akan dibawa dari Rumah Duka Pasar Minggu, Jakarta ke tanah perkuburan dan dikebumikan selepas solat Asar.

Gempak difahamkan, isteri Allahyarham, Bunga Citra Lestari (BCL) sedang menunggu ketibaan keluarga Ashraf dari Malaysia sebelum dikebumikan.

[[BACA: Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung]]

Ashraf Sinclair, pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 4.40 pagi (waktu tempatan).

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.