Pelakon Ashraf Sinclair yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia pagi tadi (Selasa).

Menurut laporan kompas.com kematian mengejut pelakon berasal dari Malaysia berusia 40 tahun itu adalah disebabkan serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan pengurus BCL, dikenali sebagai Doddy yang memberitahu Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).

"Benar (meninggal dunia), tadi pagi”, katanya mengesahkan mengenai berita duka tersebut.

Ashraf dan BCL berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berusia 10 tahun.