Pelakon Aiman Hakim Ridza beri bayangan bahawa dia dan tunangnya, Zahirah Macwilson bakal disatukan pada 20 Februari ini.

Aiman menerusi akaun Instagram miliknya telah menulis nukilan cinta buat Zahirah berserta tanda pagar yang tertera nama gabungan mereka serta tarikh penting iaitu 20 Februari 2020.



Menerusi entri tersebut, Aiman memuat naik gambar manis mereka berdua yang menunjukkan seperti foto pra-perkahwinan.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang percaya mereka bakal disatukan pada 20 Februari ini.

Sebelum ini, pasangan ini terdahulu mengadakan sidang media dan memberithau mereka bakal bernikah pada Februari tahun ini, namun tarikh sebenar masih belum didedahkan.

BACA: “Will You Marry Me?” - Aiman Hakim Kahwin Zahirah Macwilson Februari 2020

Terdahulu, Aiman dan Zahirah telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2019 iaitu selepas pasangan ini berkongsi gambar majlis tersebut di akaun media sosial masing-masing.

Imagine a world with no sun, a world that was dark and only the glistening of eyes to witness the path of our hearts . That was my world until i met you. #zahirAH #savethedate #20220

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza) on