Kisah cinta mereka memang sweet! Bermula sebagai kawan karib, kemudian 'bertepuk sebelah tangan' dan sering digelar teman tapi mesra, sehinggalah Ardell jatuh cinta pada Nadzmi dan menjadi suami isteri, seolah cerita novel cinta.
Kini kedua-duanya sabar menanti kehadiran zuriat pertama mereka sejak berkongsi khabar Ardell berbadan dua akhir tahun lalu.
Dalam satu entri di Instagramnya, Nadzmi seperti sedang memujuk Ardell yang melalui proses menjadi seorang ibu.
"Setiap hari awak mengadu sakit, mengadu diri makin gemuk. Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik dan tak gemuk pun di mata saya.
"Comey je selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijaga keberadaannya. Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan, " pujuk Nadzmi.
Tambah Nadzmi, dia berjanji akan sentiasa menemani isterinya itu dalam apa jua keadaan dan memohon agar isterinya sentiasa berdoa dan sentiasa kuat.
"Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahawa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu.
"Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. I love you to infinity @ardellaryana," tulis Nadzmi lagi.
Nadzmi Adhwa berkahwin dengan Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin pada 1 September 2019.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di