Pelakon Amyza Aznan mengkritik tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang disifatkan sebagai seorang yang suka 'menceroboh' industri seni tempatan.

Amyza, 44, berkata, industri seni bukanlah tempat yang selayaknya untuk usahawan tersebut kerana merasakan dirinya sebagai insan yang terbukti tidak mempunyai bakat dalam dunia nyanyian mahupun lakonan.

"Dalam bidang bisnes saya tabik pada dia, dia kental dia gigih, dia jual keliling dia sebagai kandungan YouTube dan bisnes dan dia berjaya. Tapi, dia tidak berjaya dalam industri kami sebab dia tak berbakat.

"Bakat bukan dibuat-buat. Seni ini terlalu halus dan tidak semua orang dikurniakan bakat. Sama macam saya dan netizen di luar sana, kami tak ada kemahiran dalam bisnes," katanya.




Perkara itu diluahkan Amyza sebagai respons kepada satu posting di Instagram Aliff yang mempertikaikan mengapa lagunya tidak layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

"Lagi sekali anda cuba nak ceroboh industri kami nampaknya. Ya Datuk Seri, saya setuju dengan anda kali ini. Sangat setuju, bila anda cakap sepatutnya lagu anda dan anda diangkat.

"Memang patut diangkat tinggi-tinggi dan kemudian hempaskan anda kuat-kuat atas jalan raya supaya anda terjaga dan sedar diri. Saya tak marah anda nak menyanyi sebab minat, tapi tak perlu sampai usik AJL," luahnya.

Bukan itu sahaja, Amyza turut menasihatkan agar Aliff terus kekal berada dalam dunia perniagaan sahaja.

"Industri ini bukan tempat dia. Dia jadi penerbit drama dan syarikat rakaman pun dah sangat bagus dah. Nak nyanyi gak belut letrik ni," luahnya.




Perkongsian pandangan Amyza itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan pelakon drama Isteriku Mem Besar itu.

"Terbaik kak! Jujur dan berani.. tak ada ampu-ampu. Kau ingat kau datuk kaya raya, ada kak hairan.

"Memang betul pun suara dia tak sedap langsung, tolong sedar diri berjaya dalam bisnes je tak semestinya dalam dunia seni," tulis sebahagian netizen.

Terdahulu, Aliff memuat naik sepotong video yang mempertikaikan mengapa lagunya tidak layak bertanding di pentas berprestij biarpun mempunyai jumlah tontonan berjuta di YouTube.

. . Abang sedih sangat kerana bakat abang ini tidak dihargai oleh Anugerah Juara Lagu?? sedangkan suara abang amat sedap dan merdu...malah suara abang tidak perlu dipertikaikan lagi kalau tidak takkanlah abang telah mengeluarkan lebih daripada lima lagu .. dan jumlah tontonan juga berjuta-juta?? adakah mereka yg mendengar lagu abg sebalum ini halinunan atau pun org ghaib kenapa x layak tercalon?? apa salah abg

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on