Pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al- Jufrey, 32, semalam telah mengejutkan ramai pihak.

Namun apa yang manisnya, pemergiannya mendapat perhatian serta penghormatan ramai orang yang hadir mengiringi jenazah di masjid serta tanah perkuburan.

Pencetus Ummah (PU) Rahmat turut mengakui perkara tersebut dan dia mengumpamakan jemaah yang hadir begitu ramai di masjid itu seperti solat Jumaat.

“Sekitar (foto) solat jenazah Abam Bocey

“Jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama solat jumaat,” katanya.

PU Rahmat berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto yang menunjukkan begitu ramai jemaah yang mengiringi solat jenazah arwah di masjid.

Sepanjang mengenali Abam, PU Rahmat mendedahkan empat perkara atau kebaikkan pelawak tersebut yang membuatkan dia disayangi dan cara pemergiannya dicemburui ramai.

“1) Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk . Dia tak ambil hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya . Ingat lagi semasa orang kutuk dia mempunyai alat kemaluan yang kecil kononnya dia gemuk . Tapi dia tak marah cuma dia marah bila orang kutuk anak dia . Dia cakap . Kalau kutuk saya tak mengapa tapi jangan kutuk anak dia.

“2) Dia melawan body shaming dengan bergaya . Masa dia sebut “Gemuk is Osem”, ramai orang pertikai . Gemuk tak awesome . Gemuk berpenyakit . Tapi korang tak paham . Bukan maksud dia untuk kekal gemuk . Tapi dia nak orang gemuk ada keyakinan diri.

“Selalu sangat orang gemuk dibuli dan dihina . Kemudian sebelum dia meninggal . Dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa ? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan.

“Yang pernah kutuk Abam. Elok lah kau minta maaf pada Keluarga Al Marhum . Elok lah kau bertaubat

“3) Abam ringan diri pergi program dakwah . Aku ingat lagi bila kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program Warung Halal . Dia usahakan juga datang walaupun bayaran tak tinggi.

“Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku boleh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam dan Shahrol Shiro. Ini dua pelawak yang tak berkira kalau buat program dakwah.

“4) Abam pernah sebut , dia kuat kerja sebab nak bantu mak dia . Dia bawa mak dia pergi umrah dan bahagiakan orang sekeliling.

”Semoga Kau Aman didalam Alam Barzakh,” ceritanya.

Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.

Difahamkan arwah demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

Abam, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Sekitar solat jenazah Abam Bocey Jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama solat jumaat. Apa amalan Al Marhum Syed Umar ? 1) Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk . Dia tak amik hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya . Ingat lagi semasa orang kutuk dia mempunyai alat kemaluan yang kecil kononnya dia gemuk . Tapi dia tak marah Cuma dia marah bila orang kutuk Baby dia . Dia cakap . Kalau kutuk saya tak pe tp jangan kutuk anak dia 2. Dia melawan body shaming dengan bergaya . Masa dia sebut gemuk is Osem . Ramai orang pertikai . Gemuk tak osem . Gemuk berpenyakit . Tapi korang tak paham . Bukan maksud dia utk kekal gemuk . Tapi dia nak orang gemuk ada confidence diri. Selalu sangat orang gemuk di buli dan di hina . Kemudian sebelum dia meninggal . Dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa ? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan Yang pernah kutuk Abam. Elok lah kau minta maaf pada Keluarga Al Marhum . Elok lah kau bertaubat 3. Abam ringan diri pergi program Dakwah . Aku ingat lagi bila Kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal . Dia usahakan juga datang walaupun Bayaran tak tinggi Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku leh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam daj @shahrol_shiro . Ni dua pelawak Yang tak berkira kalau buat program dakwah 4. Abam pernah sebut , dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia . Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling Semoga Kau Aman didalam Alam Barzakh . Allahuma firlahu Warham Hu . Ya Allah ampunilah Syed Umar . Rahmati lah Syed Umar .

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@pu_rahmat93) on