Finalis Anugerah Juala Lagu (AJL) Aina Abdul, mempunyai alasan tersendiri mengenai persembahannya yang tular semalam (Ahad).

Malah penyanyi lagu Sumpah itu memuat naik penjelasan mengenai persembahannya sebaik sahaja selesai menyanyi.

“HATI YANG BERDARAH...Alhamdulillah, Selesai sudah persembahan Aina di pentas #ajl34 yang selama ini Aina idamkan.

“Aina sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di pentas berprestij ini.

“Jika semua perasan, persembahan Aina tadi merupakan kesinambungan Muzik Video SUMPAH,” jelasnya.

Tambah Aina lagi persembahan tersebut merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.

“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.

“Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba aina sampaikan...Doakan Aina yaa,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga net memuji persembahan Aina yang dikatakan unik dan mempunyai maksud tersirat serta sampai ke hati penonton.

HATI YANG BERDARAH ?! Alhamdulillah! Selesai sudah persembahan aina Di pentas #ajl34 yang selama ini aina idamkan. Aina Sangat bersyukur Kerana diberi peluang untuk berada di pentas berprestij ini. Jika semua perasan, persembahan aina tadi merupakan kesinambungan Muzik Video SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba aina sampaikan... Doakan aina yaa.❤️ . . . Outfit by : @tsyhmi Makeup by : @ahma_dani Blood works Special Effect by : @ellasandera (Instagram) Heels by : @giuseppezanotti Video by : @hazmyahna Photo by : @badrulazhar_ Styled by : @nazlivingastyle Fabrics by : @jakel_shahalam . . . #ajl34 #sumpahainaabdul #ainaabdul

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Bagaimanapun selepas dakwaan mengenai dirinya membuat persembahan memudaratkan diri itu tular, Aina sekali lagi memuat naik posting menafikan perkara tersebut.

Aina berkata sebagai seorang muslim dirinya masih waras dan tidak mungkin akan membuat persembahan seperti yang didakwa.

“Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. “Persembahan saya hanya sebuah eskpresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL 34, dan saya sudah maklumkan mengenainya sejurus selepas membuat persembahan,” tegasnya.