Pemandu kepada bintang program realiti Hollywood Kim Kardashian merupakan antara individu yang ditahan berhubung rompakan yang berlaku ke atas aktres itu.

Menurut laporan Daily Mail, pemandu itu antara 17 suspek yang ditahan melibatkan rompakan barang kemas bernilai £8.5 juta pound sterling (RM46.27 juta).

Ia merupakan kecurian terbesar yang berlaku di Perancis melibatkan orang awam dalam tempoh lebih dua dekad.

Penahanan itu menguatkan teori sebelum ini yang mengatakan rompakan tersebut adalah kerja orang dalam kerana mereka tahu dengan tepat dimanakah barang kemas berkenaan disimpan

Pemandu berkenaan yang berusia 27 tahun bekerja di sebuah firma mewah yang digunakan oleh keluarga Kim Kardashian setiap kali mereka berada di Paris.

Polis mengesahkan suspek mengetahui segala pergerakan aktres itu.


Selain pemandu itu, kebanyakan suspek lain dianggarkan berumur 50 an, 60 an dan 70 an yang merompak barang kemas terbabit ketika wanita itu hadir ke Paris sempena minggu fesyen.

Kim Kardashian dikatakan amat trauma dengan insiden apabila dia diancam bunuh ketika kejadian yang berlaku pada Oktober tahun lalu.

Dia diacukan pistol dengan tangan dan kaki diikat dan ditinggalkan dalam bilik mandi selepas lelaki bertopeng dengan lencana polis memecah masuk ke biliknya di sebuah hotel di Paris

Sumber: Daily Mail