Seorang wanita bertindak agresif apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil keputusan untuk menarik kereta miliknya selepas didapati diparkir di kawasan yang dilarang.

Video memaparkan sikap wanita terbabit yang mengamuk viral di media sosial apabila dikongsi seorang individu di Twitter.

Menerusi video berkenaan, wanita tersebut juga bertindak di luar kawalan apabila meludah orang awam yang cuba menenangkannya.

Tidak cukup dengan itu wanita terbabit dilihat turut membaling kon.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan mengganggu tugas penjawat awam.

Malah, tindakannya meludah serta membaling kon dianggap keterlaluan.

Walaubagaimanapun tidak kurang juga netizen yang bersimpati dengan wanita terbabit.