Pelakon Song Seung Heon akui gemar makan makanan pedas sehingga dia mahu mencuba semua masakan di Singapura.

Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Autumn in My Heart itu, sejak dahulu lagi dia amat menggemari masakan pedas dan ia merupakan makanan yang wajib ada setiap kali menjamu selera.

"Saya sebenarnya tidak kisah untuk memakan semua jenis masakan namun, tapi kalau pedas lebih baik.

"Makanan Korea yang saya suka, ialah Topokki kerana ia pedas.

"Bila tiba di Singapura, saya teringin nak cuba semua jenis makan pedas yang ada seperti laksa dan ketam bercili.

"Saya berharap agar dapat mencuba semua makanan yang pedas yang ada di Singapura sebelum pulang ke Korea," katanya kepada Astro Gempak.

Seung Heon berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri terbaharu, Saimdang, di Hotel Carlton, Singapura, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Seung Heon juga turut menyatakan rasa terharu melihat sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap terhadap drama bersiri Saimdang.

“Ini merupakan kali ketiga saya datang ke Singapura dan saya teruja bertemu dengan peminat di sini," katanya.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Saimdang secara eklusif untuk dua episod pertama pada masa yang sama seperti Korea bermula 26 Januari ini pada pukul 9 malam.

Siamdang akan bersiaran di saluran Oh!K (saluran 394) pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi