Rapper dan usahawan, Caprice menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan dia mempertahankan rakan industrinya, MK berkaitan isu pemakaian barang kemas yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menurut Caprice, meskipun anggota kumpulan K-Clique itu sudah dianggap seperti adik sendiri, namun dia tetap menegur kesalahan.

"Saya tidak mempertahankan perbuatan MK, malah saya sudah menghubunginya untuk memohon maaf secara terbuka tentang penggunaan perkataan 'langgar' hukum agama, ramai sudah tonton video dia memohon maaf itu.

"Mungkin ada yang silap faham sahaja, memang saya anggap dia seperti adik, tetapi jika saya memihak kepadanya, sudah tentu saya tidak akan berbuat demikian," jelas Caprice.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, berkata demikian ketika ditemui di sidang media Nusa Fest bertempat di Alila Bangsar, Kuala Lumpur petang semalam.

Tambah Caprice, meskipun MK sudah meminta maaf tentang kenyataannya, namun tiada yang boleh memaksa dia membuka rantai kerana itu merupakan soal hidayah.

"Dia sudah maaf untuk kenyataannya, namun untuk dia membuka rantai, itu terpulang kepada dia sendiri apabila mendapat hidayah.

"Kita tidak boleh paksa MK buka rantai, hidayah itu milik Allah dan kita tidak boleh mempertikaikannya," tambah Caprice.



Sebelum ini, MK dikritik selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mendakwa dirinya memang sengaja 'langgar' hukum demi minatnya yang suka memakai barang kemas.

BACA: “Kita Masing-Masing Ada Buat Dosa” – MK Jelas Isu Pakai Barang Perhiasan Emas

Bagaimanapun, MK kemudian dilaporkan sudah memohon maaf atas selepas menyedari keterlanjuran katanya itu.

Perkara itu turut dikongsi Caprice di akaun Instagram miliknya.

Minta maaf kalau abg lambat... he is deeply sorry for his words. Kita tak boleh langgar hukum2 dalam Islam. Caprice sangat faham MK dgn dunia hip hop ni sebab caprice pernah melalui jalan yang sama.. cuma abg baru2 je cuci tangan tapi it took me 10 years baru caprice sendiri bukak rantai dan jam emas. Kami minta maaf dgn kekurangan, sebagai abg i will always be there for my brothers and will always do my best to advise and be there for them. God bless! K-Clique forever ? P.S- so sorry for the late post. MK have been busy and it took awhile before i could have this conversation with him.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on