Rapper popular, Joe Flizzow mengumumkan dia akan menamatkan zaman bujangnya pada awal April tahun ini.
Menurut Joe, dia hanya bersedia dari segi mental dan menyerahkan urusan persediaan majlis kepada ibunya, Aishah Ali.
"Saya hanya bersedia dari segi mental, untuk persediaan majlis, saya lebih selesa untuk menyerahkannya kepada ibu saya memandangkan dia sangat teruja untuk mengadakan majlis perkahwinan saya.
"Kami memilih Dewan Perdana Felda sebagai lokasi majlis kerana ia mampu memuatkan lebih 1000 orang, kami harus mengundang ramai tetamu kerana kawan-kawan ibu saya pun lebih ramai dari kawan saya sendiri," seloroh Joe.
Joe berkata demikian ketika ditemui di sidang media Nusa Fest bertempat di Alila Bangsar, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Ditanya soal konsep perkahwinan impian, Joe mengatakan dia lebih gemar untuk mengadakan majlis serba sederhana.
"Kalau ikutkan saya, impian saya hanya mahu kahwin dalam masjid, saya suka sederhana sahaja. Tapi saya ikut kehendak ibu saya yang mahu ajak orang ramai.
"Memandangkan saudara mara pun tumpang gembira, maka eloklah kami adakan satu majlis yang boleh kedua-dua belah keluarga berkumpul," tambahnya.
Difahamkan, upacara akad nikah juga akan diadakan di hari dan lokasi yang sama.
Maklumat lanjut mengenai majlis itu akan dihebahkan oleh pihak pengurusan Joe tidak lama lagi.
Terdahulu, Joe telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan pada 28 Disember 2019.
BACA : Tahniah Mr President! Joe Flizzow Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan Hati
Asraf Aided
Wed Feb 05 2020
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.