Satu kenyataan media daripada Ketua Polis Daerah Wangsa Maju telah dikeluarkan semalam berikutan satu kes kematian yang berlaku di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama Kumpulan Prasarana turut membuat satu ucapan takziah yang berkaitan dengan kematian tersebut. Ucapan tersebut dibuat kepada Allahyarhamah Lady Caccabella binti Mohamad Kamel.



Lady Caccabella merupakan adik kepada pemenang program realiti Mentor musim keenam iaitu Puteri Caroline Mohamad Kamel. Menurut laporan polis, mangsa ditemui dengan kesan tikaman pada perut.

Berikut adalah kenyataan media Ketua Polis Daerah Wangsa Maju.

Kejadian Jumpa Mayat 1 Perempuan Melayu Di Kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur

Pada 03 Feb 2020, jam 1752 hrs, Balai Polis Setapak, telah hadir seorang wanita membuat laporan polis berkenaan telah menjumpai 1 mayat perempuan yang dikenali di sebuah rumah yang terletak di Kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur.

Bertindak dengan itu, Polis telah hadir ke lokasi kejadian dan telah membuat pemeriksaan keseluruahn rumah tersebut dan hasilnya telah menjumpai 1 mayat perempuan terbaring di atas katil dengan punyai kesan tikaman pada perut.

Identiti simati telah kenalpasti, simati berbangsa Melayu dan berumur 24 tahun serta berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Mayat simati telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Pada masa yang sama, seorang saspek (1 L M) yang juga teman lelaki simati berumur 43 tahun yang berada di tempat kejadian telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana telah muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai. Saspek dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan kini masih terima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur. Saspek akan ditahan untuk siasatan lanjut. Semakan rekod lampau saspek telah dibuat dan didapati negatif.

Motif kejadian masihh dalam siasatan. Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Pihak Polis Kuala Lumpur memohon supaya orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian di atas diminta segera tampil menyalurkan maklumat. Sebarang maklumat berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Stephen Ganeson (016-3767390) dan ASP M. Hussin Sollehuddin Bin Zolkifly (017-2446363) Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 584/585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju
(Dikeluarkan pada 04 Feb 2020)

Puteri Caroline yang memenangi rancangan Mentor musim keenam pada tahun 2012 merupakan protege kepada ratu rock negara, Ella.