Pelakon Mia Ahmad yang bakal melangsungkan perkahwinan bersama pemain bola sepak JDT pada 13 Januari ini berkongsi video pre-wedding di laman Instagram miliknya.

Meletakkan kapsyen berbunyi "jangan counting days", peminat mula teruja menantikan hari bahagia pelakon kesayangan mereka itu.

Video pre-wedding tersebut telah menjalani penggambaran di New Zealand pada penghujung tahun lalu.

Menerusi ruangan komen, peminat mula tidak sabar menunggu Mia naik pelamin dan menantikan detik bahagia pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu.

Majlis akad nikah Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, 28, dan bakal suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, akan diadakan di Villa Sentosa, Taiping, Perak pada 13 Januari.

Majlis resepsi sebelah perempuan diadakan pada 14 Januari bertempat di Taiping Golf & Country Club, Perak.

Manakala sebelah lelaki di Marang, Terengganu dijangka akan diadakan pada Mac depan.
Satu majlis resepsi untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan akan diadakan di Kuala Lumpur pada hujung Januari.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

#jangancountingdays ?#Repost @tontonmy ・・・ Anda semua dijemput untuk strim LIVE Majlis Perkahwinan @mia.ahm4d & @izhamtarmizi secara HD eksklusif di tonton.com.my 13 & 14 Januari 2017. Majlis Pernikahan - 13 Januari | 9.30 pagi Malam Resepsi - 14 Januari | 8.30 malam Muat turun app tonton di smartphone/tablet anda! #izhaMia #tontonMacamVIP

A video posted by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on