Penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta, Misha Omar berharap agar pelawak Jihan Muse dapat menyertai persatuan ‘mak-mak cakap laju’ pada tahun ini.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 35, berkata, dia berharap agar Jihan segera bergelar seorang ibu pada tahun ini.

Ini kerana menerusi gambar tersebut Jihan dilihat bergambar bersama beberapa orang selebriti yang sudah bergelar ibu iaitu Nad Zainal, Shiera dan Misha Omar.

Menerusi muatnaik tersebut Misha Omar turut menulis kapsyen; "Dah kenapa @jihanmuse tersipu ayu di sitewww? Adakah dia tengah berkira-kira nak join club mak-mak cakap laju yangg diketuai oleh Mrs President @shieraijoy dan bendahari @nad.zainal? Cepatttt ahhhhh Jihannnn. Keluarkan Sulaiman, Noh, Hud tahun ni jugakkkk.

Rata-rata peminat juga menyokong Misha dengan mendoakan agar Jihan segera untuk mendapatkan anak kerana mereka tidak sabar untuk menantikan anak Jihan.

Mereka juga berharap agar Jihan dan suami sentiasa berbahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik serta anak-anak yang comel.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 34, telah berkahwin dengan pelakon Ungku Hariz Faizal, 32, pada 20 Mac tahun lalu.

Dah kenapa @jihanmuse tersipu ayu di sitewww?? Adakah dia tgh berkira-kira nak join club mak2 ckp laju yg diketuai oleh Mrs President @shieraijoy dan bendahari @nad.zainal ??? Cepatttt ahhhhh jihannnn...keluarkan Sulaiman,Noh,Hud tahun ni jugakkkk....????

A photo posted by Misha Omar (@mishaomar) on

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi