Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @azrulnaim777 tentang sebuah rumah misteri yang dulunya dimiliki oleh Arwah Cikgu Jumbri.
Orang batu 10 mesti tahu rumah ni dengan sejarah rumah tu kan.
Okay aku cerita sikit apa yang buat rumah ni misteri, untuk kes yang ni, itu bukan mayat Cikgu Jumbri. Pada nota tu pun dah tulis'tolong uruskan rangka kat dalam rumah Arwah Cikgu Jumbri, bukan tulis 'uruskan mayat Cikgu Jumbri kat rumah dia'.
Rumah tu dulu kepunyaan Cikgu Jumbri tapi cikgu ni sudah meninggal lama dah. Rumah kat Batu 10 Tanjung Karang. Macam mana rumah ni boleh jadi misteri, tu aku tak nak cerita sebab banyak versi yang aku dengar tapi aku tak nak sampaikan benda yang salah.
Aku cerita apa yang pernah berlaku sahaja kat rumah tu yang aku cerita aku dengar dari orang yang pernah duduk di situ. Ada dua penyewa yang aku sendiri pernah tanya dorang apa yang berlaku di situ.
Dari apa yang orang cerita, orang yang menyewa rumah tu tak lama, kadang-kadang sehari baru sewa, esok dah keluar rumah tu sebab tak tahan. Ada yang kata orang yang sewa situ tak sampai seminggu mesti dah keluar dari rumah tu.
Sama juga penyewa yang aku pernah tanya, mereka memang tak boleh nak duduk lama kat rumah tu, walaupun sewa bulanan murah. Sewa bulanan untuk rumah tu RM50 sebab kawan aku pernah nak sewa rumah tu duduk dengan kawan-kawan dia, jadi aku tahulah berapa harga sewa rumah tu.
Dua penyewa yang aku pernah tanya, yang pertama crew production film, masa tu ada buat shooting kat area situ. Tajuknya Pondok di Hujung Tanjong'. Cerita ni dah lama, tayangan di RTM1. Yang mana pernah tengok tahulah kot cerita tu, tapi cerita tu tak ada kaitan pun dengan rumah tu.
Macam biasalah, production mesti nak save bajet, jadi mereka pun sewa rumah tu sebab sewa murah tapi dorang sewa tak lama. 3-4 hari macam tu mereka keluar cari rumah sewa baru, sebab tak tahan hari-hari kena kacau.
Ada sorang krew perempuan, aku tak ingat nama kakak tu sebab benda ni dah lama, lebih 10 tahun, kakak ni ada sekali tu nak masak maggi tengahari. Masa tengah masak tu , tiba-tiba ada nampak benda macam gula-gula kat luar tingkap tengah tengok dia.
Kakak tu memang tak cakap banyak, terus lari katanya, selera nak makan maggi terus hilang. Tengahari pun boleh kena ganggu. Lepas tu nak pergi mandi pun sama katanya, nampak jugak benda tu kat bilik mandi, jadi korang faham-fahamlah kalau dah selalu nampak kan.
Lepas tu mereka buat keputusan terus nak cari rumah sewa lain sebab tak tahan. Mereka kata macam sepanjang masa je benda tu ganggu.
Penyewa kedua ni orang luar, mat saleh dengan bini dia. Entah macam mana mereka boleh sewa kat rumah tu pun aku tak tau, sebab aku selalu lalu depan rumah tu aku nampak mat saleh selalu lepak kat tangga.
Dua hari lepas mat saleh tu sewa, rumah tu kosong balik. Mat saleh tu dah tak duduk situ. Kita yang selalu dengar cerita pasal rumahtu dah dapat taulah mungkin kena ganggu kot.
Selalu aku nampak masa dua hari tu memang pagi petang mat saleh tu duduk kat tangga dengan bini dia. Pagi tu selalu aku beli sarapan kat depan rumah tu, depan rumah tu ada warung nasi lemak, petang pulak selalu jalan-jalan naik motor, jadi memang akan lalu rumah tu.
Lepas tu entah macam mana, aku lepak kedai mamak, aku terjumpa mat saleh tu duduk kat mamak. Lalu aku pun tanyalah dalam Bahasa Inggeris dengan tergagap ya "awak yang sewa rumah yang depan warung jerman kan?" Dia cakap “iya”.
Lepas tu aku tanya "dah tak duduk situ ke?" Mat saleh tu jawab “tak sebab ada benda seram selalu muncul. Dia dan bini dia takut katanya ada setan yang menyeramkan”. Korag jangan cakap pulak 'pandai pulak mat saleh sembang melayu', aku malas nak translate.
Jadi mereka buat keputusan cari rumah lain, mereka sewa dekat dengan samtk. Mereka kata bayar mahal tak apa, asalkan tenang tak ada yang mengacau.
Jadi dua cerita ni je yang aku dapat kongsikan dgn korang apa yang berlaku kat rumah tu. Penyewa-penyewa lain yang pernah sewa kat situ pernah juga dengar apa yang berlaku, tapi tu aku dengar dari cerita orang, so aku tak kongsi cerita dari mulut orang lain.
Kalau thread ni bosan, tarik bantal tarik selimut, tidur.
Kredit Gambar: @azrulnaim777
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @azrulnaim777 dan mendapat hampir 18,500 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Gempak Spot
Fri Jan 31 2020
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.