Juara AF Megastar, Idayu tidak mengambil pusing seandainya ada pihak yang membandingkan nyanyian lagu tema Visit Malaysia 2020 dengan lagu-lagu rasmi tahun melawat Malaysia sebelum ini.
Kata Idayu, setiap penyanyi punyai gaya nyanyian tersendiri dan citarasa pendengar juga berbeza-beza saban waktu.
"Masing-masing punya citarasa. Kalau tengok komen yang telah dimuat naik oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), ada yang tak suka tapi banyak yang suka.
"Semua cakap sesuailah dengan 2020, tak kan nak lagu lembik-lembik lagi? Saya tak kisah kerana saya nyanyi mengkut genre lagu itu seperti yang dimahukan oleh komposer," ujarnya kepada Gempak.
Sebelum Idayu, lagu rasmi Tahun Melawat Malaysia pernah dinyanyikan oleh Liza Aziz (1990), Ella (2014) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza (2012).
Lagu Visit Malaysia 2020 telah dilancarkan pada September 2019 dan dinyanyikan oleh Idayu dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Lirik untuk lagu Bahasa Melayu ditulis oleh Normah Kechut dan Bahasa Inggeris oleh James PS Boyle manakala melodinya digubah oleh Dekan Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Ramlan Mohd. Imam.
Amri Hassan
Tue Jan 28 2020
GMW Giveaway: Konsert Trio Terhebat Vol 1
GMW Giveaway: Konsert Soundloud Project
GMW Giveaway: Konsert Zikir Dikir
PU Riz Anggap Diri Tak Layak Komen Isu Curang Orang Lain - “Nasihat Saya…”
Setiap rumah tangga ada ujiannya.
Ubai Ulas Isu Bapa Culas Bayar Nafkah - “Ikut Suka Hati Netizen Nama Siapa Yang Mereka Nak Petik”
Ubai tak tuju pada sesiapa pun.
Ini Sebab Kenapa Ruhainies Tak Hubungi Bella Selepas Kejadian Khalwat – “Saya…”
Pelakon Ruhainies tampil mendedahkan alasan mengapa dia tidak bertindak menghubungi Bella Astillah selepas kekecohan penangkapan khalwat membabitkan dirinya dan suami Bella, Aliff Aziz.
Lelaki Ini Masuk Dalam Keranda, Temani Jenazah Bapanya Buat Kali Terakhir
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, lelaki itu dilihat berada dalam keranda yang berlapis kain berwarna hijau.
Wanita Ini Terbang Dari Kota Bharu Demi Menonton Sheriff!
Bagi wanita dari Kelantan ini, dia sanggup terbang ke Negeri Sembilan semata-mata mahu menyaksikan filem tersebut.
Pempengaruh TikTok Popular Iran Maut Ditembak Di Hadapan Rumah
Seorang pempengaruh Iran yang cukup terkenal di platform TikTok ditembak mati di hadapan rumahnya, di Baghdad hujung minggu lalu.
Suami Kongsi Gambar Nikah, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Irma Hasmie
Nama pelakon Irma Hasmie tiba-tiba menjadi bualan apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat naik foto pernikahan bersama seorang wanita.