Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro, bersyukur kerana adiknya Mohd Fitri Razak yang melecur tahap dua kerana kemalangan di tempat kerja, tiga minggu lalu.

Menerusi perkongsian Ajak di laman sosial Instagram (IG) kira-kira pukul 12 tengahari tadi, pelawak tersebut kelihatan gembira melihat perkembangan positif adiknya itu.

Malah, Fitri juga kelihatan tersenyum disamping abangnya itu dan keadaan kulitnya juga kelihatan semakin baik.

“Alhamdulillah…Cantik dah kau Fitri,” tulis Ajak pada ruangan kapsyen.

Posting tersebut telah menerima lebih 85 ribu tanda suka dengan hampir 450 komen dan turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti seperti Ropie, Acong, David Teo, Didie Alias serta ramai lagi yang rata-ratanya mengucapkan selamat buat Ajak dan Fitri.

Mohd Fitri pada 9 Januari lalu melecur tahap dua selepas silinder gas meletup di tempat kerjanya di Pelabuhan Klang, kira-kira jam 3.40 petang.

Fitri kemudiannya rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah cantik dah kau Fitri? . @shafi_darwish . #semogacepatsembuh #makanbuahbanyakbanyak #sayaajakdansayatidaksombong

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on