Selepas lebih setahun 'menyorokkan' wajah si dia, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan rupa paras bakal suaminya, Mohammad Azlan di majlis berinai yang sedang berlangsung.

Diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Elly yang selesa disapa Kak Lina memperkenalkan tunangnya yang merupakan seorang guru yang berasal dari Kelantan.



Secocok menggayakan busana sedondon, pasangan ini turut ditemani oleh anak tunggal Elly, Putri Sara Sefhia.

Majlis yang bertemakan Cik Siti Wan Kembang itu diadakan penuh meriah dan dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan rakan media.

Elly dijadualkan bakal bernikah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra esok dan majlis resepsi akan diadakan selepas itu.

Sebelum ini, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan pada 17 Disember tahun lalu.