Usahawan popular, Noor Nabila Mohd Noor memberitahu dia enggan meneruskan perkahwinan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Kata Nabila, sepatutnya proses perceraian boleh diselesaikan dengan cepat dan mereka boleh memberikan fokus untuk membesarkan anak, Jebat Jayden.
"Proses perceraian ini sudah berlangsung hampir setahun, saya tak nampak usaha Sharnaaz untuk berdamai. Saya sendiri tak nak teruskan.
"Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan sekiranya Sharnaaz melafazkan cerai tapi disebabkan proses ini masih berlangsung, perceraian tidak dapat diteruskan.
"Seharusnya, kedua-dua belah pihak boleh faham yang kita boleh 'move on' meneruskan hidup masing-masing dan memberikan fokus kepada anak.
"Sharnaaz mempunyai kehidupan sendiri, saya juga sama. Saya sudah tawar hati, ada baiknya jika perkara ini tidak dipanjangkan dan kita berikan tumpuan untuk membesarkan anak tanpa sebarang rasa yang tersimpan," kata Nabila.
Nabila ditemui usai proses prosiding perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Nabila diwakili peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Sharnaaz diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.
Namun begitu, Sharnaaz yang ditemui di luar kompleks mahkamah enggan memberikan sebarang ulasan lanjut.
"Tak ada apa-apa nak cakap," katanya ringkas.
Pada 6 November 2019, mahkamah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perceraian pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik.
Menerusi proses terbabit, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.
Pihak Sharnaaz melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Nabila memilih bapa tirinya menjadi hakam.
Namun begitu, keputusan laporan hakam yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebentar tadi gagal menemui kesepakatan untuk mencapai persetujuan.
Mengikut Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, sekiranya kedua-dua hakam tidak bersepakat, maka hakam tersebut digugurkan oleh mahkamah.
Hakim juga telah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.
Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, pasanngan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.
Kamaruddin Razal
Thu Jan 16 2020
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.