Pelakon Liyana Jasmay meluahkan rasa geram terhadap segelintir netizen di media sosial yang sering mengkritik caranya bertudung.

Jelas Liyana, caranya berhijab berbeza dengan individu lain yang lebih mementingkan gaya konvensional.

"Bukan masalah kamu kalau saya tak pakai hijab dengan cara konvensional seperti kamu pakai.

"Sama ada saya pakai hijab atau tidak pun bukan masalah kamu. Ia sangat peribadi.

"Ouh dan seperkara lagi, kamu tak tahu apa-apa pasal fesyen! #sokampung," tulis Liyana menerusi akaun Twitternya.

Penjelasan Liyana itu sempena menjawab tuduhan segelintir pihak yang mempertikaikan caranya bertudung sejak akhir-akhir ini.

"Liyana Jasmay kalau tak sedia nak bertudung tak payahlah. Kaedahnya dalam cerita ini ala-ala jadi emo berhijab lepas tanpa pin," tulis pemilik akaun @XXXbyefelicia.

"Saya kecewa dengan jawapan LJ. Memakai hijab bukan soal peribadi atau fesyen. Ia untuk menutup aurat wanita dan wajib! Tak ada istilah konvensional pun, sebagai seorang muslim dan artis, kamu seharusnya menjadi lebih baik. Jangan merendah-rendahkannya," tulis @puakaalim.

Sabtu lalu, Liyana muncul dalam telefilem Tolong Saya Encik Dinosaur bergandingan dengan pelakon popular Syafiq Kyle.

Telefilem yang disiarkan di saluran Astro Citra itu merupakan naskhah arahannya sendiri.