Rumah tangga pasangan selebriti Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West yang didakwa retak kini telah dilaporkan kembali pulih.

Kim dan Kanye dikatakan telah mendapat khidmat kaunseling untuk menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan kini mereka berdua dilihat menghantar anak perempuan mereka bersama ke sekolah tarian.

Kim turut menafikan khabar yang mengatakan mereka akan berpisah dan menjelaskan yang hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Kim dan Kanye turut memuatnaik gambar keluarga mereka menyambut perayaan Krismas untuk menghentikan khabar angin tersebut.

Sebelum ini, rumah tangga mereka dikhabarkan goyah setelah Kanye mengalami tekanan dan dimasukkan ke hospital.

Kanye mengalami depresi selepas kematiannya ibunya dan menganggap dirinya merupakan punca ibunya meninggal.

Sumber: Huffington Post