Anggota kumpulan Rare di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Ajak diduga apabila adiknya dikenali sebagai Fitri ditimpa kemalangan di tempat kerja pada Khamis.

Ajak ketika dihubungi Gempak berkata, dalam kemalangan tersebut adiknya mengalami melecur tahap dua dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Buat masa ini apa yang boleh saya kongsi, adik saya terbakar dan melecur tahap dua. Saya belum lagi bertanya kepada dia mengapa dan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.

“Biar doktor buat rawatan dahulu dalam masa sama mahu adik berehat kerana sudah tentu dia berada dalam keadaan trauma dan masih terkejut,” katanya.

Ya Allah kau selamatkanlah..Sama2 doakan adik saya ye..Baru ni kemalangan kat tempat kerja... Semoga kau selamat fitri..Angah datang...

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Dalam pada itu, Ajak turut memohon maaf kepada dua lagi anggota Rare iaitu Ropie dan Pak Ya kerana tidak dapat memberikan komitmen pada sesi latihan MLM 2019.

“Saya tinggalkan rehearsal untuk final MLM 2019. Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang saya masih ada dekat hospital.

“Saya terpaksa tinggalkan Pak Ya dengan Ropie berdua kat sana (Teater Shah Alam). Terima Kasih Pak Ya, Ropie sebab faham keadaan saya. Kita cuba buat yang terbaik esok (hari ini),” katanya.

Perkara tersebut turut dikongsi ajak di laman sosial Instagram (IG)nya dengan memuat naik paparan skrin perbualan Rare di aplikasi Whatsapp.

Hang (awak) jaga diri baik-baik. Abang dan Pak Ya settle kat sini. Kami mendoakan semoga adik hang cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” kata Ropie.

Sementara itu Pak Ya turut berpesan kepada Ajak supaya tidak perlu risau tentang dia dan Ropie sebaliknya kerana adik Ajak lebih penting buat masa sekarang.

“Tak apa Ajak, kami okay saja. Andai kata kita tak berjaya di sini, kami tak akan kecewa adik mike (awak) tu lagi penting,” katanya.

Besar dugaan saya.. Adik saya kemalangan tadi masa kerja. Sy tinggalkan rehearsal untuk final Maharaja..Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang sy masih ada dekat hospital..Sy terpaksa tinggalkan Pak Ya dgn Abg Ropi berdua kat sana.. Terima Kasih Pakya dgn Abg Ropi sebab faham saya.Kita cuba buat yg terbaik esok.. . @ropie_sryn_ @illya_senario . #rare #persaudaraan #adab

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Rare akan berentap dengan empat lagi kumpulan iaitu Puteh, Zero, Bocey dan Jborn di pentas akhir MLM 2019 malam ini.

Juara bakal membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM500,000, tempat kedua RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000.

Sementara itu pemenang di tempat keempat dan kelima masing-masing bakal menerima trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000.

Jangan lupa saksikan pentas akhir MLM 2019, Jumaat ini jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA
KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega