Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG), penyanyi Tomok dilihat telah berkongsi sebuah video sedang menguji anak sulungnya, Arrian. Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 32, telah menunjukkan beberapa karakter haiwan dalam permainan Pokemon dengan haiwan biasa. Menerusi muatnaik tersebut Tomok turut menulis kapsyen; "Sapa kat sini kaki pokemon? boleh geng dengan arrian. Semua nama pokemon dia tau. Masalahnya, betul ke nama yg arrian sebut tu?" Namun apa yang mengejutkan ialah anak sulung Tomok iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 4, berjaya meneka kesemua nama karakter Pokemon dengan tepat. Perkara tersebut telah membuatkan ramai pengikut tomok di Ignya memuji dan teruja dengan jawapan yang diberikan oleh Arrian. Mereka juga mengagumi cara Tomok mendidik anaknya dan ada diantara peminat berharap agar mendapat anak seperti itu. Berikut merupakan video Tomok bersama Arrian: sapa kat sini kaki pokemon? boleh geng dengan arrian..semua nama pokemon dia tau..masalahnya,betul ke nama yg arrian sebut tu? ☺️🍗😂 A video posted by Tomok (@tomokofficial) on Dec 26, 2016 at 3:56am PST Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Terima Pengiktirafan Orang Luar Industri Hiburan, Ahmad Idham Buktikan Perjuangannya Ada Kebenaran 20 Apr 2018
Filem Keluang Man Tak Jadi, Rizal Halim Mohon Maaf Pada Rakan Artis di Singapura dan Indonesia 20 Apr 2018
“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” - Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman Layan Pembantu Rumah 106,900
Siti Aafiyah Tak Lekang Senyum! Foto Menarik Sekitar Majlis Maulid Nabi, Akikah & Tahnik Si Comel Pipi Merah 96,033