Permulaan tahun baru bermakna waktu paling sibuk buat ibu bapa menyiapkan kelengkapan persekolahan dan mendaftar anak masing-masing ke sekolah.

Sama juga kisahnya bagi pasangan merpati dua sejoli, Da'i Farhan dan isteri, Dr. Erin yang meluangkan masa untuk sesi pendaftaran tahun baharu 2020.

Berkongsi kisah menarik pada hari pertama persekolahan anak-anaknya, Dr. Erin terkejut apabila ada pelajar sekolah yang memanggilnya dengan gelaran 'wanita kaabah'.

"Tiap awal tahun daftar anak-anak masuk sekolah baru. Kali ini lain sikit pergi sekolah ada terdengar budak-budak sebut aura 19 wanita kaabah.

"Alhamdulillah mudah betul urusan pertukaran sekolah anak hari ini," tulisnya menerusi entri di Instagramnya semalam.



Baik Dr. Erin mahupun Farhan, kedua-duanya turun padang bersama-sama untuk menguruskan pendaftaran anak-anak mereka.

Mengimbas kembali, gelaran aura 19 wanita kaabah itu tercetus sekitar awal Disember lalu menerusi pendedahan Farhan kepada media mengenai jodohnya dengan wanita ke-19 iaitu Dr. Erin sendiri.

Malah, jodoh kuat mereka menyaksikan pasangan itu bertemu dan berkahwin di tanah suci Makkah.