Selasa lalu merupakan malam terakhir pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengacarakan program hiburan terbitan Astro, MeleTOP .

Lapan tahun mengemudi rancangan berkenaan, pengunduran Neelofa ternyata membuatkan ramai yang sebak.

Antara yang mengalirkan air mata adalah pelakon Zizan Razak.

Momen menyentuh hati itu dikongsi menerusi Instagram Zizan semalan.

"Aku sebenarnya tak berapa paham.

"Nabil ngan Datuk Hans Isaac cool je aku yang nangis lebih ni kenapa? Aduhai, jiwa ayah ayah kot. Tak apalah 2020 kita doakan yang baik-baik," katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan momen tersebut.

Tidak kurang juga yang menyifatkan perlakuan Zizan itu sesuatu yang comel.

Aku sebenarnya tak berapa paham. Nabil ngan Dato Hans cool je aku yang nangis lebih ni kenapa. Aduhai. Jiwa ayah ayah kot. Takpelah 2020 kita doakan yang baik baik. #zizanrazak #2020

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Untuk rekod, Neelofa yang juga bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu mula mengendalikan program MeleTOP pada 30 Oktober 2012.

Gandingan Neelofa bersama Nabil mewujudkan keserasian antara mereka dan disifatkan saling melengkapi dengan kekuatan masing-masing.