Filem Parasite boleh dikatakan antara filem paling 'hangat' diperkatakan di media sosial tahun ini.

Bukan hanya sekadar itu, Parasite juga telah meraih pelbagai anugerah berprestij dan antaranya di The Palme d’Or di Cannes Film Festival.

Kemenangan tersebut sekali gus menjadikan ia filem Korea pertama memenangi anugerah tertinggi itu.

Tapi adakah ia benar-benar bagus? Kalau nak tahu sama ada filem ini akan buat anda 'mind blown', kena tontonlah sendiri.

Pada yang tidak tahu filem Parasite telah pun mula ditayangkan di Astro First Astro On Demand hingga 12 Januari ini.

Jadi apa tunggu lagi? Waktu hujung minggu inilah masanya menonton filem yang hebat!

Sedikit mengenai filem ini, Parasite mengisarkan keluarga Kim yang miskin yang terdiri dari seorang ayah bernama Ki-taek (Song Kang-ho), isterinya Chung Sook (Jang Hye-jin), anak lelakinya Ki-woo (Choi Woo-shik) dan anak perempuannya Ki-jung (Park So-dam).

Mereka tinggal di rumah separa bawah tanah di sebuah penempatan miskin.

Walaubagaimanapun, nasib mereka berubah apabila seorang rakan Ki-woo meminta menggantikannya menjadi tutor bahasa Inggeris kepada seorang anak perempuan dari sebuah keluarga yang kaya.

Selebihnya anda perlulah tonton!