Pelakon Betty Rahmad memberitahu bahawa dia terpaksa mengasingkan dirinya daripada anak ekoran masalah kesihatannya yang tidak berapa mengizinkan.

Betty, 37, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

"Doakan saya cepat sembuh. Sedihnya lima hari tak boleh dekat dan pegang Wira. Sedihnya.

"Tapi takpa janji anak sihat biar mummy sakit," tulisnya di ruangan kapsyen.

Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci keadaan sebenar kesihatan dirinya, adik kepada pengarah Erma Fatima itu difahamkan dijangkiti virus influenza.

Ia berdasarkan foto keputusan alat ujian pengesanan ujian influenza yang turut dikongsikannya kepada umum.

Bahkan, pada masa sama, Betty turut menggunakan hashtag #influenzaA #quarantine dalam entri berkenaan.

Doakan saya cepat sembuh. Sedihnya 5 hari tak boleh dekat & pegang Wira. Heartbreaking ? tapi takpe janji anak sihat biar mummy sakit. #influenzaA #quarantine

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on


Perkongsian tersebut kemudian menerima pelbagai maklum balas dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar Betty kembali sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa.

"Ramai yang kena influenza sejak akhir-akhir ini. Nanti awak ambil vaksin @bettyrahmad. Jadi, boleh cegah daripada jangkitan virus ni pada masa akan datang," tulis salah seorang pengikutnya.

Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup itu, Betty dikurniakan cahaya mata, Ardy Wira pada 19 Januari lalu.