Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Itulah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan usaha Astro Kasih dalam melahirkan jaguh badminton dengan adanya Astro Kem Badminton (AKB).

AKB merupakan jalinan kolaborasi antara Astro Kasih bersama Nippon Badminton Association (NBA) di Jepun serta disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan sudah dimulakan semenjak tahun 2003.

A recap of highlights of the programme and a big thank you for the participants and partners who made it happen.

A post shared by Astro Kasih Malaysia (@astrokasih) on


Dengan kewujudkan AKB, bakat-bakat cilik serata Malaysia yang mempunyai potensi dalam sukan badminton dikumpulkan dan menjalani latihan intensif di dalam dan luar negara.

Untuk edisi 2019, AKB menerima lebih 3,000 penyertaan di serata Malaysia menerusi pemilihan yang diadakan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah serta Sarawak pada Mac dan April lalu.

#astrokembadminton Player Demo: Drop & Lift #astrokasih #badminton #skills

A post shared by Astro Kasih Malaysia (@astrokasih) on


Seramai 64 peserta cilik dipilih untuk menyertai program latihan intensif selama seminggu anjuran AKB pada penghujung Ogos sehingga September lalu.

Kemuncaknya, 30 orang peserta cilik berusia bawah 12 tahun bersama dua mentor diterbangkan khas ke Tokyo bagi menghadiri sesi latihan bersama Japan National Junior Team baru-baru ini.

Selepas menjalani latihan di Tokyo, Ketua Jurulatih AKB, Chan Chong Ming menyifatkan peserta yang terpilih mempunyai potensi untuk mengharumkan nama Malaysia di masa akan datang.

Coaches share some final advice before wrapping up the #astrokembadminton training session

A post shared by Astro Kasih Malaysia (@astrokasih) on


"Sejujurnya, latihan ini memberikan satu dimensi baru untuk mereka yang terpilih. Ia membuka mata peserta-peserta cilik ini tentang semangat kesukanan dan latihan ini juga memberikan impak yang hebat terhadap tahap motivasi mereka.

"Pendedahan yang diberikan memberikan banyak input yang positif. Tidak mustahil jika satu hari nanti, mereka mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia menerusi sukan badminton," ujar Chong Ming.

Tambah bekas pemain beregu elit kebangsaan ini lagi, latihan di Jepun membolehkan peserta belajar banyak perkara baru untuk dibawa pulang ke Malaysia.

#astrokembadminton is blessed to have such encouraging support. Thank you, Astro CEO Henry Tan for coming by to cheer our team on. #blessed #astrokasih

A post shared by Astro Kasih Malaysia (@astrokasih) on


"Semestinya mereka belajar banyak benda baru. Saya berharap dengan adanya latihan sebegini, mereka dapat mengambil segala perkara positif yang dilihat dalam skuad junior Jepun.

"Jepun sangat mementingkan disiplin dan menghormati jurulatih. Perkara ini harus diterapkan dalam jiwa peserta cilik ini. Teknik serta penguasaan gelanggang pemain Jepun juga harus tidak dipandang sepi.

"Semuanya harus diperhalusi dan semangat yang mereka lihat dalam pasukan junior Jepun seharusnya diserap agar mereka berjaya menjadi juara dunia di masa akan datang," katanya lagi.

BACA: Latihan Intensif Astro Kem Badminton Di Tokyo Pupuk Disiplin, Bakal Lahirkan Juara

BACA: Latihan Intensif Luar Negara Astro Kem Badminton Tingkat Motivasi Pemain Cilik

Berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman berlatih secara intensif di luar negara pada 8 sehingga 17 Disember yang lalu, semua peserta cilik ini berkampung di Ajinomoto National Training Center, Tokyo dan mereka turut ditempatkan di Athlete Village.

Athlete Village merupakan sebuah perkampungan atlet berprestij dan merupakan pusat penginapan rasmi atlet di Jepun untuk Sukan Olimpik yang bakal berlangsung tahun hadapan.