Pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous mendedahkan dia pernah menjual tudung ketika tujuh tahun lalu.

Namun ketika itu dia tidak mengaku tudung tersebut adalah jenamanya sendiri kerana malu dirinya tidak bertudung.

“Ni gambar tujuh tahun lalu, bezanya I lagi kurus.

“Tujuh tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi tak mengaku brand sendiri.

“Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tapi jual tudung,” tulisnya.

Fouziah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bertudung ketika belum berhijab penuh.

Tapi kini selepas berhijab Fouziah berkata dia menerima banyak pemintaann yang memintanya untuk menjual tudung kembali.

“Sekarang dah berhijab , ramai pula yang minta jual tudun.

“Bukan, ini bukan teaser bakal nak jual tudung. Belum terfikir lagi . Ini di saat menunngu @zhafyusof sampai kita upload,” tambahnya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memuji wajahnya langsung tak berubah sejak dari dulu.

Fouziah mula berhijab dan berhijrah selepas menunaikan Haji , September tahun lalu.

7 years ago.. bezanya i lagi kurus? . 7tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi xmengaku brand sendiri?. Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tp jual tudung. Now dah berhijab , ramai pula duk minta jual tudung??‍♀️. Bukan bukan ini bukan teaser bakal nak jual tudung. Belum terfikir lagi . Ini di saat menunngu @zhafyusof sampai kita upload

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on