Pelakon Fattah Amin akhirnya tampil membuka mulut mengenai kenyataan yang dibuat oleh pengacara Neelofa yang mengakui wujud orang ketiga membabitkan hubungannya dengan pelakon Fattah Amin.
Dalam sebuah kenyataan yang diberikan Fattah menerusi aplikasi Whatsapp, dia enggan memanjangkan lagi isu ini.
Berikut merupakan kenyataan penuh Fattah:
"Salam semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang terus menerus daripada semua pihak media.
"Berkenaan permintaan komen balas ke atas kenyataan Neelofa, sejujurnya saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini.
"Pada pandangan saya, setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji.
"Apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya memohon semua peminat terus mendoakan saya terus kuat untuk melalui proses ini.
"Untuk perkembangan kerjaya saya yang terkini, saya bakal menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada semua peminat pada awal Januari nanti.
"Diharap anda semua akan terus menyokong kerjaya seni saya dalam menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Sekian, terima kasih," tulis Fattah.
Selepas bergandingan dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot, Fattah dan Neelofa dikatakan menjalin hubungan.
Walaupun mereka berdua tak pernah mengaku mereka bercinta, ramai peminat menganggap sebaliknya menerusi hubungan 'teman tapi mesra' yang terjalin antara mereka.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Muhammad Ridhwan Roslan
Wed Dec 21 2016
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.