Pasangan pelakon berdarah manis, Risteena Munim dan Isa Khan semakin mencuri perhatian ramai.
Terbaharu, Risteena memuat naik sepotong video kompilasi ketika detik-detik awal pertemuan mereka di Yogyakarta, Indonesia beberapa bulan lalu.
Ketika itu kedua-duanya digandingkan dalam sebuah drama bersiri tempatan.
Dalam nukilan Risteena, dia bersyukur dipertemukan dengan lelaki sebaik Isa.
"Terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat.
"Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya. Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan.
"Janji dia pada saya, akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu.
"Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang. Always proud of him. Effort dan kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat.
"Semoga saya terus menjadi semangat dan kekuatan awak. Semoga awak berjaya dunia akhirat. Saya bangga dengan apa yang awak usahakan dan apa yang awak ada sekarang," tulis Risteena.
Namun, lebih menarik perhatian adalah aksi-aksi romantis pasangan itu.
Dalam video berdurasi 2 minit 54 saat itu, Risteena memaparkan gelagat Isa yang sanggup mencucikan tangan dan kaki Risteena.
Lebih manis, Isa turut membantu Risteena merias kuku jari tangan dan kakinya.
Ada juga beberapa aksi comel Isa menyuapkan makanan kepada Risteena ketika di gerai makanan.
Pasangan Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia yang disaksikan kedua-dua belah keluarga.
Amri Hassan
Tue Dec 17 2019
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam